Monday, September 24, 2018

Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang


Assalamualaikum semuaa
Selamat Pagi yang barakah
Punyala lama tak menyepikan diri
Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... Tapi insyallah kita akan cuba untuk meneruskan apa yang termampu dengan izin allah...

Hari ni anak sulung ibu exam UPSR 2018. Moga doa yg ibu share ni memberi manafaat kepada semua ibubapa calon UPSR 2018 ya...

DOA ini dipetik daripada sesi tazkirah Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Al Fadil Ustaz Mohd Fauzi Mohd Yatin.
Beliau turut mengetuai solat hajat buat ibu bapa dan murid tahun enam bagi menghadapi UPSR, di dewan Sekolah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang, minggu lalu.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan (UPSR/PMR/SPM/STPM). Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Alah,
Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah sihat mahmunah dalam diri dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertaqwa
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka dariapda melakukan amalan-amalan yang membawa ke neraka Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Ya Alah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkau tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang mencipta kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 6:00 PM

Saturday, November 11, 2017

Cerita Kedai Dobi

Pengusaha2 kedai dobi memang suka taim2 hujan ni kan
Perkhidmatan gini memang amat2 diperlukan
Masuk aje duit bubuh sabun bubuh softner
Putaqq bang oii

Akak pun hari ni surender dah
Basuh sesiap kat rumah
Datang keringkan aje kain yg dah siap basuh
Dua bakul ngko siap kering dan siap lipat
Balik nnt masuk kan aje dalam lemari ~ yg ni bahagian pak incik ya
Akak suka basuh baju sidai baju tapi kalau bab lipat2 ni pak incik memang suka
Boh la 3 bakul pun pak incik akan lipat situ
Sesambil mata dia tengok tibi
La ni akak dah tak keja kan jadi kita lah semua
Jarang2 sekali lah pak incik tolong lipat hehe..

Tapi yang mak2 bawak anak2 jugak dtg kedai dobi ni..jangan la guna kuasa suara tu
Nak buat camne kan
Anak2 ni kalau benda yg dia tak pernah tengok
Sure depa akan eksited lebih
Nak masuk kan duit
Nak tolong tuang sabun
Nak tolong tutup penutup washer tu
Macam2 depa nak buat mcm kita buat
Tapi mak2 semua kena lah faham
Kalau tak mau anak ganggu acara pembasuhan angpa....jangan la dok bawak 2 3 4 anak2 tu
Tinggal kan dengan ayah dia ke
So kerja2 korang akan smooth aje
Hari ni kan sabtu
Dah kalau tak ada pilihan kena bawak
Maka harus lah bersabar dengan kerenah anak2
Jangan la marah2 tengking2 depa
Anak main bakul pun marah
Anak berlari2 pun marah
Anak berebut hp pun marah
Yang mak nya tunggu kain siap tp hp kat tangan
Anak2 tak ada yg nak layan
Maka depa pun buat la acara depa sendiri
Abis tu nak buat lagu mana


Akak yg dok lipat kain ni gerammm aje ngan mak anak2 tadi
Dah la suara kuat...marah2
Jangan la gitu
Buat mcm akak ya dikkk
Simpan tahan sabar istifarrr
Walaupun dah sampai kemuncakkkk
Balik rumah ang siappp!!
Hahahaha

Ok lah dah siap lipat semua
Akak pun nak balik dah
Selamat basuh lipat susun baju ollsss


~xoxo~
p/s : mak anak2 tadi tu bertabah ya...


Friday, September 22, 2017

Maal Hijrah 1439

Tahun baru dalam kalender islam 1439H
Ustaz kata biar kita berhijrah perlahan lahan untuk membetulkan diri kita daripada kita tak buat langsung kan

Akak pon berdoa supaya buku baru akak untuk tahun ni akan bertambah baik
Dalam bulan September tahun 2017 banyak sangat kejadian yang sangat2 menyedihkan
Tapi alhamdulilah semua dapat dilalui dengan izin allah...

Akak nak share ada satu Qasidah ni membuatkan akak rasa sedih tapi sedap untuk halwa telinga...meh akak share


Salam Maal Hijrah 1439 untuk semua

~ xoxo ~

Monday, August 14, 2017

PELBAGAI SUMBER

Alhamdulilah pejam celik pejam celik dah nak masuk 6 tahun bisness buaian berendoi akak ni ya
akak buat buaian ni sama umur dengan anak yang no.2 tu
asalnya dulu kita pun sewa dari orang lain
tetiba terbuka rasa hati nak berkecimpung dalam bisness ni kan
so jadi lah kan pada duduk melanggok tak ada buat benda pun
lagi pun akak minat kalau bab cecantik ni
puas hati bila customer puji cantik nya alahai dikkkk
hilang rasa penat kering pulak rasa ketiak walaupun peluh sampai ke keting kan!

Mula mula rasa tak yakin bila setiap kali pasang kat rumah customer
nak nak pulak bila customer request utk buat Mini Pelamin
akak terus terang cakap dengan customer kita ni tak ada bahan tau
guna sumber sumber yang kita dok deco kat buaian aje
customer kata boleh aje kak tak ada masalah
jadi kita pun cuba lah sedaya upaya menghasilkan yang terbaik kan


yang ini seingat akak pasang untuk kawan sekolah
anak dia nak buat majlis khatam al - quran sebelum berkhatan
maka terjadi lah cenggini hah
jom kita tengok lagi apa yang akak dah buat ya

yang ini pun mini pelamin Khatam Al Quran






Ni lah Mini Pelamin yang akak dah buat untuk anak jiran dekat umah akak ni
jadi lah jugak kan korang?? 




Biar lah gambar yang berbicara 
pada akak dok pok pek pok pek
biarlah korang tengok dengan aman ya haahahaa



Haah yang peach and pink ni akak buatkan untuk majlis pertunangan anak buah
anak buah akak ni lelaki tapi dia request untuk tunang dia
ermmmm jadi ke idok??
apa?? buleh tahannn
tima kasih lah korang sebab puji akak ya hahaha

Korang ada yang berkenan tak??
kalau ada meh calling or whatsapp akak ya



Facebook : Azma Azlim
Fan Pages FB : Buaian Berendoi Azma Azlim Decor
Whatsapp : 0173052063




kbai
~ xoxo ~ muahxx


Saturday, August 12, 2017

Buaian Comei

Assalamualaikum semua
pepetang ni korang buat menda?
akak lepas lipat kain tadi tetiba saka rajin dah datang
hapdate hapdate katanya
gigih jari jemari akak yg debabb tahap pacat kenyang ni menaip

Ni nak hapdate sikit pasal buaian buaian akak yg 2 3 ketui tu laa
lama akak tak tempek gambar buaian kat sini kan
maka hari ni acara menepek pun bermula
mari lah mencuci mata korang semerr
get ready ollss
Buaian Berendoi Konsep A




Yang ni koleksi pertama yang akak memula buat bisness buaian
masih lagi berkhidmat seperti biasa
akak masih lagi gunakan dan ramai customer pun minat dengan yg ini
cuma akak upgrade skit tang deco2 tu bagi menyerlah lagik


Aurora Pram Cradle




Haaaaa yang ini memang akak ada satu set ajer berbanding dengan buaian yg lenlain
Pasal berkenan benar dengan konsep masa anak Q haidar tu
Maka akak pun sambar dari sifu yang kebetulan nak juai buaian dia nih
Buaian yang ni boleh swing - swing ya sayang2 semua

English Cradle








Kalau yang atas ni memang ramai yang berkenan
Alhamdulilah tiap2 minggu ramai yg datang meminangg!!
laku bebeno kata orang kampung Pak Incik akak hahahaa
warna tema tu selalunya akak bagi korang yang pilih
janji yang ada kaler sewaktu dengan nya taim tu

Thumbelina Cradle





Dan yang ini pun sama jugak
ramai yang suka dan ramai juga nak beli sekali dengan buaian nya
akak tak juai la deknon buaian nya
kalau nak beli nnt akak bagi tau ya
pastu kalau korang perasan nama buaian akak tu
semuanya nama kartun dan wataknya perempuan
dahh yang bagi nama buaian akak anak perempuan kita sendiri
maka akak bubuh ajer nama buaian seperti yang dicadangkan
kalau tidak nnt dia sentap!
lagi lah payah hahahahaha

eehhhh ok lahh korang semua
pak incik dah hajak akak pegi ukur pasar malam Jalan TAR hari ni
maka kaki akak pon dah gedik gedik nak berjalan
weii semenjak menjadi suri rumah tangga yang berjaya ni
pak incik hajak pegi pasar malam depan umah pon
akak dah gumbiraaaa
inikan pasar malam Jalan TAR
sambil menaip ni akak ngko dah buat list dalam kepala ni yerr
jangan tak jadi ya pak incikkk
kalau tak majokkkk!!!

kbai
~ xoxo ~
muaxx!

Thursday, August 10, 2017

Kambekkk!!

Uiiitttt ollss!
Lama menyepikan diri iyerr
Bukan apa semenjak tak berkerjaya ni
Akak lebih banyak memerap dalam ghumoh ajer
Ate maleh bebeno pulak dah ghase nye
Udoh nape pulok loghat lain pulok memalam ni weii

Akak rasa dengan tak bekerja sekarang ni
Akak lebih2 bizi tahap lipas kudung nak cari kaki dia balik
maklum sajer lah kerja ghumah tak pernah abes
Mau idok wei letih mencoye ajer kesana kemari senahh!
Memula akak ingat nak katup ajer blog akak yg tak berapa nak semenggah nih
tapi bila memikior gambo2 buai banyak dalam ni
maka akak lepaih ni akan sedaya upaya yg tak seberapa nih
akan terus berazam untuk meningkatkan mutu keunggulan blog cinonit ni ya

ehh haah korang
buaian akak berjalan seperti biasa
akak lebih meghaplod di instagram ajerr weii
pepaham la kan faktor kertua ni lah
tambahan akak bizi bila anak2 dah bebesor semuanya
peksa sana peksa sini
silibus belajo pon ya ampun susah lah kome
sampai akak rasa akak ni nak kena sekolah balik gamoknya
terima kasih En. Gugel sebab banyak bantu kita nih
zaman dah berubah wei
tak sama jamangg akak sekolah dedulu
tadika pon dah ada mata pelajaran sains
ko ghase??

dad dah lah tu
cerita peberet akak dah nak mula diknonn
alaaa 1001 night tu hah
tapi layan senahh!!
selamat malam ollsss

muaxmuaxmuax
*xoxo*

Saturday, April 30, 2016

Lama tak nyembangggg

Bila buka balik blog kita
Masyallah dah setahun akak tak update ye
Bila faktor usia malas nak menaip ni kan
Faham2 aje la ya bahahahahaha!
Akak tak tau la mcm mana nak buangkan sifat malas menaip blog ni

Hari ni kita sembang sembang aje la ya
Kalau nak tgk gambar buaian memang tak cukup tangan nak men'edit'kan gambar2
Sabaaaaarrr ehhh..... :)
Mana buaian yg baru akak ada
Buaian lama pun masih ada
Pendek kata bisness masih berjalan seperti biasa ya kengkawan
Cuma yang tak berapa biasa sebab akak dah buat full time lah
Dedulu part time aje
La ni sebab dah terasa kertua ni
Tak larat dah wehhh
So kita buat releks aje cari duit tepi duit tengah ikut suka korang hahahaha!

Nanti akak hapload gambar buaian yang latest yaaa
Stay tunes korangss
Muahh muahh

~XOXO ~


Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...