Wednesday, June 25, 2014

Xin chào Việt Nam : Part 8

HCM ~ Last Day

Pagi lepas breakfast kami semua dah pakat2 nak keluar
Dah sarapan kat hotel tapi nak jugak merasa saparan kat luar ~ jommmm!!
Berjalan ke Ben Thanh Market pagi tu
Sebelum tue pekena roti canai dan kopi ais ~ Wajibbbb!!!


Nahhhh muka ceria bila dapat minum kopi ngkoo!!!

Lepas tue terus berjalan kaki menuju ke destinasi yang dicadangkan dahhh ;)
Last Shopping sebelum berangkat pulang ke Malaysia
Hari terakhir kami tak ada aktiviti :)
Jadi sebelum ke airport kan mari kita menghabeskan VD (vietnam dong) yang ada lagii!!

Hahaha korang tgk pakcik tue
Dia pun sibuk jugak nak enterpremm
Kali nie kami dok usha2 ajer
Rasa sangat2 berbaloi sebab berhabes duit dekat Chinatown ~ Bin Thay
Kain Lace, Baju kurung siap, kain ela yang cantik2 dan murah
Kain cotton memang murah ~ tangan akak tak berenti capai pas satu satuuu!!!
Memang kalau korang semua ke sana beli terus ajer
Itu pun kami request 2 kali ke Chinatown naseb baek Mr. Nam ok ajer ~ hahaha
Lepas dah bershopping jom balik hotel dah
Sebab nak ke Lapangan Terbang lah pulak tak sabarrr nak balik Malaysia wehh!!!!

 Bersiap - siap kemas beg siap dengan dah timbang bagai nak tau berapa KG
Timbang tue pinjam dengan Hotel 
Depa pun dah tau siap sediakan penimbang hahahah!!

Mari berselfie memasing sebab pasni tak pasti kalau datnag lagi jumpa tak ngan Mr. Nam
Tapi dia nie memang best and supper dupper terbaekk

Sesudah checkin luggage kami semua menunggu di balai perlepasan
Tetiba dengar pengumuman flight kami delay ~ huwaaaaaa!!
Dari jadual asal terbang ke KL 4.40 petang
Tunggu punya tunggu punya tunggu kapal terbang tak muncul2
akhirnya dalam 6.30 petang tue kami dah nampak kelibat MAS tiba ~ hurraaayyyy!!
7.30 malam berlepas dari Ho Chi Minh dan dalam 8.45 mlm kami tiba di KLIA
kesian hubby ngan  anak2 terpaksa tunggu lama sebab flight delay khann!!

Sementara menunggu MAS sempat jugak la layan senja nan merah yang cantik sangatt
Subhanallah sungguh cantik ciptaanNya


Alhamdulilahhhhhhh selamat mendarat dengan MAS 750
Thanks to Kapten Pawan Chik dan cabin crew ~ yeayyy!!
Korang tengok lah beg2 tue ya beranak - ranak ngko ;))
Siap ada bekal lagi sebab tak makan ~ turkey sandwich
Tapi hubby akak suka makan ~ sedap la wehhhh kata diaa hahahaha

Tapi insyallah sekiranya diberi peluang lagi akak nak lagi ke Saigon ~ Ho Chi Minh
Kali nie akak planing nak bawak anak - anak ngan hubby sekali
ok lah korang, ini last entry pasal berderak ~ kalau ore kelate kata 'Holiday' ~ hahahaha

Sekian ;)))))



Tuesday, June 24, 2014

Xin chào Việt Nam : Part 7

HCM ~ Day 3

Pagi lagi lepas breakfast jam 8 kami semua berkumpul di lobby hotel
Mr. Nam kata nak bawak kami ke tempat bersejarah pulak hari ni
Perjalanan ke tempat bersejarah tu lebih kurang 1 jam 30 minit dari hotel kami
Sepanjang perjalanan ke sana kami lalu kawasan perkampungan 
Ehhh tp kan akak rasa pelik sebab kebanyakan rumah kat area situ mesti ada pokok nangka
Agaknya semua suka makan buah nangka kowt??  ada jugak kebun2 getah kat situ
Walaupun ruang kawasan laman rumah tak luas, dalam pagar rumah pun depa tanam pokok getah ehhhh!!

Alhamdulilah dah sampai ke destinasi
Mula2 sampai akak macam teruja jugak sebab dengar tembak menebak
Rupanya sesapa yang teringin nak menebak menggunakan senapang diorang
Ada kawasan yang korang boleh buat begitu ~ pangg!! pangg!!

Nahhhh nie berjalan dalam terowong bawah tanah
Sebelum sampai ke kawasan nie kami akan melalui tempat pemeriksaan tiket
Nnt korang semua kan dilekatkan sticker pada baju ya :)

Wahhhhhhh teruja bila tengok jenis jenis senapang dan meriam yang ada
Dipamerkan dengan nama dan jenis2 senapang yang ada

Antara perangkap yang dibuat sendiri oleh gerila Vietnam semasa berperang dengan  Perancis
Akak nak julur tangan amek gambar pun rasa serammmmm!!
Buluh yang dibentuk menjadi runcing ditanam di dalam lubang yang ditutup dengan daun2 kering
Kata Mr. Nam memang kalau tengok tak akan perasan

Ini lah dia terowong yang dibuat dan digali sendiri oleh gerila Vietnam
Kebanyakan terowong yang dibina akan mengubungkan dengan markas2 dalam tanah
Ehh tapi boleh sampai ke kampung2 lain jugak sekitar situ
Paling jauh kata Mr. Nam ia boleh tembus sehingga Sungai Saigon
Huhhh jauh tue!!

Nahhh akak memang tak leh lah korangg ~ tak celuih haihh!!
Terowong nie akan menjadi tempat persembunyian gerila disebelah siangnya
Kadang-kadang, semasa tempoh pengeboman atau pergerakan pasukan tentera Amerika, mereka akan dipaksa untuk kekal di bawah tanah untuk beberapa hari pada satu-satu masa.

Masa jenjalan sekitar kasawan tu nampak banyak busut2 gini
Rupanya ini adalah lubang - lubang udara ~ Ventilation Shaft

Kalau ikutkan Mr. Nam kata gerila adakan keluar dari terowong pada waktu malam
Jadi pada waktu siang semuanya duduk dalam terowong untuk bekerja
Antara perangkap - perangkap yang dibuat oleh puak gerila Vietnam 
akak terbayang gak kalau lah kena hadoiiii laahhhh!!

Yang Mr. Nam pegang tue perangkap yang diletakakan dipintu
sekiranya kita dapat tahan yang dibahagian atas
itu masih tidak selamat bebbbb!!
sebab yang bawah kasik hentam lepas tu Mr. Nam kata ~ The War is Over ~

Antara bengkel ~ workshop yang mereka buat dan ada dalam terowong
Hospital, Bilik Mesyuarat, Dapur dll


Paling akak teruja bila tengok dan tahu kasut gerila Vietnam diperbuat dari tayar
Nampak tak????
Ada jugak yang dibuat contoh dan korang boleh juga beli
Tapi pisau di makoiiiiii tajam bangattt!!

Dah penat kami berjalan jalan and at the last point kami dijamu ubi kayu rebus
Hamboi sedapnya sebab dicicah dengan kacang tanah 
yg dicampur gula ditumbuk hancur dan juga teh pandan ~ sedapppp!!

Selepas dah selesai di tempat bersejarah kami singgah di salah sebuah Masjid Al Rahman
Kawasan masjid yg sgt bersih sgt2!!
Bilik air memang terbaekkk
Malu pulak bila kenang2 bilik air masjid di Malaysia ~ kembang tekak!!
Kain telekung yang digantung rapi dan wangi yg paling penting sgt2 bersih
Allahurabbii memang bersih sgt2 lahhh!!!

Selesai makan tengahari kami berjalan2 sekitar kawasan hotel
Banyak kedai2 yg Mr. Nam cadangkan
Dan harga memang berbaloi2 murahh

Sempat jugak bergambar dengan penjaja disekitar Taka Plaza


Letih dah berjalan jalan sakan
Kami semua dibawa makan ke Banana Leaf
Jauh sikit dari Hotel jadi kami semua naik bas hehhh!!!
Lepas makan kami sambungggg lagi shoppingggggg!!!! Yeayy

Sambung lagikkk........

Sekian :)))))))

Monday, June 23, 2014

Xin chào Việt Nam : Part 6

HCM ~ Day 2

Nahh panjang berlebar part 2 nie
 tak abes2 lagi
Yang nie sebelah malam nya
Mr.Nam ada cadangkan kami kalau nak naik Cruise melewati Sg. Saigon pada malam nya
Bayaran rm38 utk seorang
Ye lah dah alang2 datang jom kita naik
Diberikan minuman percuma
Kami semua sepakat minta watermalon juice ~ sedapp
Masa kami semua berlayar khann ;)
Ada Magic Show lahhhh 
Akak tengok2 gitu ajer selebihnya dok layan perasaan sambil naik Cruise hahahaha


Hahahaha nie makan malam di Restoran Halal Kg. Melayu
Sedappppp wehhh


Hadoiiii tomyam tu lah yg akak rasa nak terbang lagi ke HCM huhu


Cung tak aweks yang pakai AoDai tu
Akak rasa pompuan sini semuanya kurus2 erkk





Hahaha sekali dengan waiter tu pun nak jugak selfie deknon
Layan kan ajer hahaha
Siyok jugak lah berlayar nie
Kami naik Cruise tu lebih kurang 1 jam 30 minit
Menikmati pandangan malam di Saigon
Balik tue kami tetap menuju ke Pasar Malam Ben Than lagikk
Daaaaa

Bersambung lagii....

Sekian :))))


Tuesday, June 17, 2014

Xin chào Việt Nam : Part 5


HCM ~ Day 2

Panjang belebar pulak day 2 nie hah yer ;))
sebab memang masa day 2 nie merayap sakan dari pagi sampai malam
tp kan Mr. Nam nie sangat2 bagus tau korang
walaupun dia tak tau dah masuk waktu solat ke belum
Mr. Nam tetap alert dan siap2 announce 
~ Everybody !! who want to take a break for solat please inform me ~
Hah bagus tak?? dah dia memang jaga betul kami semua
setiap kali nak turun ke satu2 destinasi Mr. Nam akan jaga depan pintu bas
~ Gentlemen and Ladies !!!!
 please put the important things inside your bag, make sure your bag is closed or zipped ~ 
nah, macam pengawas sekolah khann!!
Mr. Nam kata hp paling DIKEHENDAKI adalah SAMSUNG!!!
akak terus tak keluar2kan pun telepon SAMSENG akak yer ;))
mak serwamm nokk kang tengah2 amek gamba pakai monopod
tinggal batang mop pulak ~ hahaha bertukarrr!!!!


gamba yang ini memang tidak disengajakan
bila dah belek2 balik gambar2 semua ada pulak yg ini ~ hareeee sungguh
akak dah tak kose nak collage pic dah wehh
rasa nak muntah pulak tengok banyak2 gambar ni

sebahagian kerja - kerja kraftangan yang menggunakan tempurung
sangat2 kreatif orang disini

dah ini adalah sebahagian hasil dari tanduk kerbau ke lembu
akak pun tak henggat dah deknon!!
siyess sangat2 cantik dan halus seni buatan nya ;))


Nahhh nie kalau ada anak akak yang lelaki tu memang dia akan gerunnnn
sebabbbbbb ~ ibu selalu dok takut2kan dia kalau nakal2 nnt tumbuh tandukk!!! ~ haha
Lepas dah penat berjalan kami sampai di Qui Islet
Salah satu tempat tarikan pelancong juga
kat sini depa tue ada hidangkan buah - buahan yang memang sedap
ciku dia paling akak tak tahan tgk ~ besar penumbuk ada lah rasanya
hahahaha siap ada hiburan kat sini ~ comey2 semerr ;))

 Lega dapat duduk dengan rasa kipas angin yang tak seberapa
tapi alhamdulilah lega kaki setelah penat berjalan - jalan 
tetambah pulak bila tengok buah2an yang sedap sangat terrrr!!


 Tapi khannn ~ manis sungguh buah ciku itu (sambelkesatairlio)
Kata Mr. Nam kena makan buah yang masam dulu kemudian baru makan buah yang manis
kalau tidak nnt rasa buah2an tue masam semuanya ;))
thanks for the tips Mr. Nam ;)

 Manis - manis sungguh penghibur2 kami 
kalu ore kelate kato ~ comey2 belako terr ;)

 akak dok berbisik sesama geng
~ wehhh perot tak ada langsungg tuhh ~
muka cantik slim ngan manis2 semua nya


Pakaian tradisional mereka yang dikenali sebagai AoDai
Cantik bagi mereka yang kurus tp kalau akak masuk sebelah lengan ajer ~ praaakkkkk
Gelakkkk gelakkkk ~ bantai kangg!!!!
 Lepas makan buah kami menyusur denai yang kiri kanan nya pokok buah2an
akak rasa kebun buah mereka kowt
sampai lah kami disini ~ ohmaiiii
harus kah akak naik sampan nie ~ nebesss nakkk!!

 Sebahagian mereka mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan dayung sampan
tapi memang akak rasa sedih dan kesian jugak lah kan
yang mendayung tu kalau muda2 akak tak lah kisah sangat
nie ada yang kami dapat tahu umur 72 tahun masih aktif lagi mendayung sampan
allahurabbi rasa terharu dan rasa sangat2 kesian nya ~ baya Tok Mek akak tuuu!!

 bergambar ala2 kejong dalam sampan
yang belakang tuh siap tanya macam2 soklan macam lah akak ko nie tau semer khan!!



hahahah gagah kan mereka nie semua
ramai pendayung akak tengok kaum perempuan lebih ramai dari lelaki
macam pendayung kami tue yg bahagian depan perempuan
bahagian ekor atau bahagian belakang pendayung lelaki
dari pada jetty yang kami naik tadi
mereka akan mendayung sehingga jumpa bot besar yang mula2 kami naik utk dtg ke sini
naik bot dan menuju ke pulau seterusnya


singgah kat sini pula untuk makan tengahari dan juga bersolat
perot akak pun dah berkeroncong lagu untuk ana
maka mari kita serbbuuuuu!!
 kalau korang ikut trip nie depa dah memang dah tulis dalam itenery
jadi kita follow ajer lah

 telor dadar yang setia menjadi teman baik 
mau tak sepanjang 4 hari 3 malam akak kat sana
telor dadar nie tak pernah ketinggalan dalam menu kami tau ;))

 Udang bakar Cili kot ~ sebab pedas nya boleh tahan
;))

 Popia yang kulitnya diperbuat dari beras 
special edition nie kalau di Halal Mekong Restaurant katanya ;))

 Sup nie akak tak hinggat sup apa
tapi rasanya sedapp sangat :))

 Sotong goreng nampak biasa tapi menyelerakan
manis sotong dia haduiii laaaa
rasa nak terbang ke sana lagi :))

rasa lebih kurang macam ikan masak merah or 3 rasa
tapi ikan garing ~ manis isi nya ~ fresh
haduiiii berenti nya bila berbunyi brupppppp ~ alhamdulilahh

bersambung nnt ya ;))

Sekian :)))))

Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...