Showing posts with label Mini Pelamin. Show all posts
Showing posts with label Mini Pelamin. Show all posts

Monday, August 14, 2017

PELBAGAI SUMBER

Alhamdulilah pejam celik pejam celik dah nak masuk 6 tahun bisness buaian berendoi akak ni ya
akak buat buaian ni sama umur dengan anak yang no.2 tu
asalnya dulu kita pun sewa dari orang lain
tetiba terbuka rasa hati nak berkecimpung dalam bisness ni kan
so jadi lah kan pada duduk melanggok tak ada buat benda pun
lagi pun akak minat kalau bab cecantik ni
puas hati bila customer puji cantik nya alahai dikkkk
hilang rasa penat kering pulak rasa ketiak walaupun peluh sampai ke keting kan!

Mula mula rasa tak yakin bila setiap kali pasang kat rumah customer
nak nak pulak bila customer request utk buat Mini Pelamin
akak terus terang cakap dengan customer kita ni tak ada bahan tau
guna sumber sumber yang kita dok deco kat buaian aje
customer kata boleh aje kak tak ada masalah
jadi kita pun cuba lah sedaya upaya menghasilkan yang terbaik kan


yang ini seingat akak pasang untuk kawan sekolah
anak dia nak buat majlis khatam al - quran sebelum berkhatan
maka terjadi lah cenggini hah
jom kita tengok lagi apa yang akak dah buat ya

yang ini pun mini pelamin Khatam Al Quran






Ni lah Mini Pelamin yang akak dah buat untuk anak jiran dekat umah akak ni
jadi lah jugak kan korang?? 




Biar lah gambar yang berbicara 
pada akak dok pok pek pok pek
biarlah korang tengok dengan aman ya haahahaa



Haah yang peach and pink ni akak buatkan untuk majlis pertunangan anak buah
anak buah akak ni lelaki tapi dia request untuk tunang dia
ermmmm jadi ke idok??
apa?? buleh tahannn
tima kasih lah korang sebab puji akak ya hahaha

Korang ada yang berkenan tak??
kalau ada meh calling or whatsapp akak ya



Facebook : Azma Azlim
Fan Pages FB : Buaian Berendoi Azma Azlim Decor
Whatsapp : 0173052063




kbai
~ xoxo ~ muahxx


Monday, February 23, 2015

Mini Pelamin Khatam Al - Quran

Apa khabar jemaahhhh???
Lama akak tak bersiaran dalam blog yaa
Meh kita bercerita tentang mini pelamin akak ni hah
Alhamdulilah sekali lagi akak dipanggil oleh Datin Maz kita
Kali ni Datin minta pasangkan pelamin khatam al-quran untuk anak bujang dia
ok jom kita pegi pasang kata hubby
masa akak deco baby coat dulu akak pegi ngan adik akak
kali nie kita pegi bawak cik abang sado tang perot tu ya ;)

Mini Pelamin Khatam Al - Quran
Adik Young Jufri
Date : 10 Jan 2015
Theme : Purple and Off White 
Venue : Subang Jaya







Akak memang tak pandai betul nak ambil gambar kalau malam
Rasa macam pencahayaan tu over pulak
Rasa silau pun ada juga
Maybe kena pakai lampu yang soft or rendah skit watt dia gamaknya ;)
ok lah korang ~~~~> cantik tak?
kalau nak browse banyak lagi gambar boleh klik link ni ya :) ;)

Facebook : Azma Azlim 


Call / SMS / WhatsApp : 0.1.7.3.0.5.2.0.6.3

Thanks korang ~~~> XOXO
okbai :))))))

Tuesday, December 23, 2014

Buaian dan Mini Pelamin Khatam Al Quran

Asalamualaikum korangggg
Lama tak hapdate blog akak yang berhabuk dah ni
Nak kata bizi tak ada lah sangat tp sebab ada vitamin cap  M A L A S
Maka tak leh nak buat apa lah ya

Tapi semalam akak dah dapat semangat balik nak berblog
Sebab yang ini cerita menarik dan tak akan akak lupa sampai bila bila dikk
Bila customer akak kata dia jumpa akak melalui blog akak nie
Sebab itu lah akak mula menaip semula hahahaha ;)

Hari khamis lepas ada sorang customer call utk pakej buaian
Tp dia nak buat mini pelamin juga untuk Majlis Khatam Al Quran anak daranya
Akak pun boleh aja sebab dia nak simple simple aje
Ok akak send semua pic and bila customer agreed akak pun happy
Bila customer hantar alamat rumah ajer and nama dia terpampang kat screen akak itu
Macam nak tercabut jantung akak dekkkk!!










Alhamdulilah bila customer happy kami pun turut happy
Terima kasih yang tak terhingga pada Tan Sri Dr. Yusof Noor dan Puan Sri Wan Naaimah
kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami Buaian Berendoi Azma Azllim Decor
bagi memeriahkan lagi majlis khatam al - quran dan akikah untuk cucunda tersayang
Tan Sri dan Puan Sri memang tak lokek dengan senyuman
Bila Tan Sri kata ~ " Saya bangga bila ada anak melayu yang rajin mencari peluang berniaga "
Akak terus jadi bersemangat dengan kata - kata Tan Sri
Lepas dah siap - siap berkemas, Tan Sri sendiri mengiringi kami ke depan pintu kereta
Siap dengan pesanan ~ " Semoga terus berkembang maju ya "
Aminnnn alhamdulilah terima kasih ya Tan Sri :)

Naik ajer kereta akak terus teringat2 kata2 beliau dan rasa bersyukur
Beliau orang yang sangat merendah diri dan banyak yang kami bualkan
Kata - kata beliau tersemat dihati menjadi semangat untuk kami
Kenangan yang manis tak akan kami lupakan
Terima Kasih sekali lagi Tan Sri sekeluarga :)

Sekian

Thursday, July 17, 2014

Mini Pelamin

Memula rasa macam tak nak buat kalau Mini Pelamin
Bukan apa takut nanti tak sama macam yang diniginkan pulak
Tapi bila asakan demi asakan cewaaahhh!!!
Akak memberanikan diri untuk buat Mini Pelamin untuk family2 ajer
Actually dah 2 or 3 kali akak buat
Tapi hanya untuk orang2 yang dekat2 ajer ~ family lah kiranya
Bukan senang nak buat tau dekknon!!

Mari kita tengok apakah hasilan nya menarik??
Bukan senang nak fikir buat benda2 nie
Lagi pun luar dari bidang akak dekk
Kalau yang simple2 boleh lah
Kalau yang dimple tue jerawat!!!
Kikikiki :))
(ehhh salahhh...hahahahahahaaaa!!)

Mini Pelamin
Theme : Off White + Orange
Abdullah & Mira





Phewwww siap jugak pelamin nikah untuk Paksu akak
Idok lew vogue tapi simple2 ajer khann!!
Nah yang ini pulak
Akak pasang untuk member sekolah akak
Dia nak more white and simple2 ajer

Mini Pelamin
Zuraini & Suami
Theme : Pink + Purple + Off White




Bertuah nya kawan akak nie tau
tak dibukak nya plastik bangku tuh..baru akak perasan wehhh :))


Siap sudah kerja2 akak yang tak disangka2 ini ;)
Akak bukak takmo buat tapi dah tak ada tempat kalau nak simpan semua barang2
itu pun separuh pada barangan buaian akak
Akak display ajer kat umah
Kang nak pakai hangkut balik
Bila dah siap kemas2 kang letak balik
itu ajer lah kerjanya :))
Ada yang berkenan jugak ker??

Facebook : Azma Azlim


Call / SMS / WhatsApp : 017 305 2063

Sekian ;))))))

Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...