Friday, January 24, 2014

Happy Birthday My Son ;))

22.1.14 ~ 3 tahun dah anak jantan bertuah akak sorang tu. Alhamdulilah syukur pada allah s.w.t kerana memberikan dia kepada kami sekeluarga. Meh akak cerita sikit berkenaan dengan anak akak nie..

Jarak antara anak yang sulung ngan yang kedua 5 tahun
ye lah masa tue hubby akak selalu outstation and believe or not masa first baby dulu akak kena ulang alik ke perlis untuk temukan anak perempuan akak ngan hubby. And bila dah ada yang second baby nie hubby decide better dia tukar position bagai demi nak dekat dengan keluarga.Thanks hubby I'm really appreciate that. Lega sebab kali nie bersama2 kita besarkan anak - anak.Tak sangka lepas everything dah settle and hubby pun setuju untuk ada baby lagi tapi akak siap cakap ngan hubby kalau diberikan kelebihan akak nak baby boy pulak la khan!!Kami berusaha untuk dapatkan apa yang kami berhajat....berdoa selalu padaNya supaya diperkenankan usaha kami suami isteri. Alhamduliah dan paling happy bila pergi scan and dokter terus bg tau is a baby BOY!!.....teriak lah akak masa tue. Sedih dan bersyukur pada Allah kerana perkenankan doa kami.

19.1.11 ~ Tarikh Jangka Bersalin @ Hospital Al - Islam Kg. Baru, Kuala Lumpur.
 Akak memang nak bersalin kat situ sebab kali nie nak Doktor Perempuan yang sambut baby. Lagipun dah dpt banyak input bila my SIL bersalin kat sana. So, pakat2 suami isteri nak bersalin juga kat sitew. Pergi lah check macam biasa. Dr. Ros kata dah buka 3 cm dah nie...tp kamu sakit tak?? Akak geleng pala lah sebab memang betul tak sakit. Tapi Dr. Ros kata ok tak pe kita kena tahan u lah takut potensi bersalin awal sebab ikut sejarah anak pertama bersalin awal ~ awal 1 minggu dari tarikh jangka. Akak dengar ajer tahan kat wad terus je mengelabah lew. Bincang balik ngan Dr. Ros, dia kata ok mcm nie, kalau u sakit ajer walaupun skit2 better u terus call and datang terus hospital. Akak pom terus hanggok2 pala pheww lega!!

22.1.11 ~ Jam 11.30 pagi @ Hospital Al - Islam Kg. Baru, Kuala Lumpur.
Hah, tak sakit lagi ker kamu nie...tanya Dr. Ros. Dia terus check apa yang patut and dia kata saya dah masuk kan ubat ya untuk u bersalin...ohmai!! induce lah maka kali nie ;)) Senyum tak perlu kata apa2 tapi dalam hati mcm nak terkeluar jantung akak dekk!! Pukul 12.30 akak kena tahan kat wad dah.. terrer lagi masa tue tak sakit lagi ngko...Ini pengalaman baru lah sebab yang pertama dulu sakit kat rumah...bangun ajer tidow terus sakit nak beranak. Kali nie kena tunggu pulak sakit datang menyerang ~ haih!! Mana berdebar nak bersalin, mana berdebar nak tunggu sakit bersalin datang pulak ~ phew cemas!! Surah yassin tak tau berapa kali akak dok baca ngan doa nabi Yunus dalam perut ikan paus tu....Pukul 4.00 petang Sister datang ~ check2 dia terus ajer ckp dah buka 7cm dah puan...siap2 kita masuk labor room ya...hadus macam2 perasaan hader...nie dok taip pun masih terasa seriau bila nurse tue panggil. Dah masuk sana sister kata akak sakit kuat dah nie tapi buleh tahan yer...tetiba rasa panas ajer....Sister kata ~ saya dah pecahkan air ketuban puan, insyallah lepas asar nie bersalin la....Ya Allah, masa tue memang tak buleh nak cakap dan bayangkan...hubby yang setia dok sebelah dok baca surah2 agar akak tenang. 4.15 petang ckp ngan hubby rasa mcm nak bersalin dah...hubby berlari lew keluar panggil sister2 tue depa terus masuk dalam labor room pastu dengar depa dok berlari anak rupanya Dr. Ros yang berlari naik ke labor room ~ handal Dr. akak dekk berlari?? ko mampu........ 4.45 petang azan asar kat Masjid Kg. Baru tue bergema akak sedang berusaha and last azan bila usai doa akak pun selamat bersalin kat Baby Boy seberat 3.47kg....alhamdulilah :)) Dr. Ros siap bg cadangan bubuh nama Muhammad Asri sebab bersalin waktu asar hehehe!






Alhamdulilah baby Firas tak banyak ragam masa kecik tapi bila dah besar faham2 ajer lah khan baby boy!!!
Lasak nauzubillah...ada sahaja idea dia nak buat itu ini and tak reti duduk diam.....Kakak Mia happy bila dapat baby Firas tapi bila Firas dah besar skit dia dah mula rasa geram sebab selalu kena beduk ngan adik dia tuh hahahah!!! Alhamdulilah dapat dah sepasang anak akak rasa buat masa nie cukup lah dulu khan hubby?? Ke nak anak lagik??

masa raya 2011


Hah dah masuk 3 tahun ohmaiii ya ampun lagik banyak keja dia pada keja akak, tukang kemas yang sangat rajin "mengemaskombah" apa saja yang ada and his paberet kemas katil and susun bantals!! Apa saja lah wahai anak asal kamu suka buat ~ senyom ajer tahan sabaw! ;)





Ya Allah wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami semua keselamatan di dunia dan di akhirat, khususnya kepada kedua orang anak kecil ini.
Kurniakanlah kepada mereka ilmu, iman dan amal serta kefahaman Islam yang secukupnya.
Jadikanlah mereka berdua pejuang-pejuang di jalan-Mu ya Allah.
Perindahkanlah akhlak mereka dan jadikanlah kedua-duanya sebagai contoh dan teladan kepada orang-orang mukmin.
Kuatkanlah agama Islam ini dengan kehadiran mereka wahai Tuhan.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Melalui maksud nama Saiyidah Musfirah dan Muhammad Zulfiqar kami berdoa, berikanlah kejayaan kepada mereka sebagaimana hebatnya maksud nama-nama mereka.
Bentuklah mereka menjadi muslim yang soleh, warak, zuhud, sufi, istiqamah, penuh dengan sifat-sifat mahmudah dan akhirnya menjadi penyelamat kepada kedua ibu bapanya, kaum keluarganya serta umat manusia seluruhnya.
Amin
Sekian ;)))

Tuesday, January 21, 2014

Neenooo Neenooo !!

Pssst pssstt!!

ngape ko nak bisik bisik senah
akak bukan nak gosip
nak bubuh gambar buaian yang bulan November 2013 ajerk ko!

Minggu yang ini 23 Nov ~ 24 Nov 2013,
start hari khamis akak dah mula memasang
memang akak rasa letih tapi berbaloi baloi
Alhamdulilah rezeki anak anak akak jugak khan
Semoga allah memberkati segalanya aminn!
Sebab dah lama tak membebel jadik apa pong
korang layan tengok picas semer ya ;))

  English Cradle 
Baby Aisy Adellia & Aini Arisha
Date : 23 Nov 2013
Theme : Pink and Turquoise
Venue : Taman Kg. Kuantan, Klang









Yang ini pulak akak pasang kat Shah Alam
Kebetulan rumah customer nie dekat betul ngan ICT
santek pulak lampu lampu kat situ
maka plan ngan hubby masa collect nnt kita boleh bawak anak2
nie lah dia org kata ~ sambel menyelam minum air sampai kembong hahahaha!!
meh kita tengok buaian nya ya ;))

Buaian Konsep A
Baby Boy
Date : 23 Nov 2013
Theme : Pink and Purple 
Venue : Seksyen 7, Shah Alam





yang english cradle tue akak pasang rumah my ex - schoolmate
lepas sekolah terus buat haluan masing2
rancak lew borak sakan lepaih pasang buai hehehe
ye lah selalu dok tgk masing2 dalam pic FB hajek
tapi member akak sorang nie memang tak berubah tau
kuruih ajew macam tak kawen lagi pulak
maintain macam zaman sekolah dedulu
akak pom sama jugak ???
dah diam jangan tanya banyak
bantai kang !

Sekian ;)))

Monday, January 20, 2014

English Cradle ;))

Mari mejengah jengok weh
Hoh saka rajin dah sampai nak hapdate blog
Nah pada sesiapa yang kerinduan bangat sama buai2 akak
meh akak start yang nie dulu ya :))

English Cradle as always sangat laris
Alhamdulilah kali nie dia jugak lagik mihmihmih!
Tak yah nak story mory sangat lah weh
jagaaaaa
sediaaaaaaa!!


English Cradle
Baby Muhammad Zayyan Faiq
Date : 9 Nov 2013
Theme : Baby Green + White Garden
Venue : Taman Sro Gombak, KL








nah besar2 akak bubuh picas semer nieh ;)
senang korang nak tengok kan...clearr ajer
cuma nak bg peringatan skit ~ hamvoi garang bunyik khan!
utk yang suka copy paste pic buaian akak
tak baek tau berdosa kalau mencuri ~ potong tangan kang!
nak? nak?

Sekian :)))

Thursday, January 16, 2014

Please Be Careful With My Heart ;)

Salamat Po Sir Chieff!!
hah akak dah kena rantai ngan BCWMH korang
ehh tak paham erk?
bulan dobelas akak ambil cuti tanpa gaji dek kerna nak jaga my mom
tak berapa sihat kali nie agak teruk jugak la
bila duduk rumah semua cerita kat tibi akak layan dekk!
termasuk lah Be Careful With My Heart
memang layan cerita dia korang
kat tv3 jam 3 - 4 petang
maka freeze everything that time!
sila tumpukan sepenuh perhatian
that time anak lelaki akak tue tido maka aman ;)

Terbaru di slot Telenovela, drama siri Filipina terbitan ABN-CBS, ‘Be Careful With My Heart’ menemui penonton bermula hari ini (7 Oktober 2013). Siri yang diarahkan oleh direktor Jeffrey R. Jeturian dan Mervyn B. Brondial ini menampilkan barisan pelakon seperti Jodi Sta. Maria, Richard Yap, Mutya Orquia, Janella Salvador dan Jerome Ponce.

Saksikan siri baru Telenovela ‘Be Careful With My Heart’ setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang di TV3. ‘Be Careful With My Heart’ berkisarkan tentang seorang gadis bernama Maya dela Rosa (Jodi Sta. Maria) yang bekerja sebagai pemandu pelancong di kampung halamannya di Ilocos Norte, Utara Filipina. Wang sering menjadi masalah utama untuk menyara hidup dan membaik pulih rumah. Ketika hujan lebat, kakaknya, Cristina cuba membaiki bumbung rumah sebelum ditimpa kejadian tidak diingini yang mengakibat kaki Cristina cedera teruk. Dengan kos perubatan yang tinggi, Maya harus keluar dari Ilocos Norte untuk meneruskan hidup dan menampung perbelanjaan keluarga.

Maya mengembara ke bandar metropolitan Manila untuk mencapai cita-cita menjadi pramugari bagi membantu keluarganya. Maya tidak akan membenarkan sesiapa yang mahu menggagalkan impiannya, termasuklah Richard Lim (Richard Yap), seorang duda yang kaya. Ironiknya, Richard merupakan harapan terakhir Maya untuk merealisasikan cita-citanya kerana pengaruh lelaki tersebut di dalam industri penerbangan. Namun, Richard hanya akan membantu Maya jika Maya bersetuju untuk menjadi pengasuh kepada anak-anaknya.

Atas desakan keadaan, Maya terpaksa bersetuju. Apabila Maya menjejakkan kaki ke rumah istana milik Richard, beliau secara tidak langsung terlibat dengan kehidupan peribadi Richard dan tiga orang anaknya yang bermasalah, Luke, Nikki dan Abigail. Maya merasakan pemergian isteri Richard turut memusnahkan keharmonian dan kegembiraan di dalam keluarga ini.

Justeru, Maya mengambil inisiatif untuk merapatkan kembali hubungan Richard dengan anak-anaknya. Usaha dan pengorbanan gadis San Nicolas ini berjaya membina semula keluarga Lim. Pada waktu yang sama, Maya mula jatuh cinta terhadap Richard dan amat menyayangi Luke, Nikki serta Abigail. Ketika itulah Maya diuji apabila seorang wanita muncul dan mengaku sebagai ibu kandung kepada tiga anak Richard. Apakah yang bakal berlaku selepas itu?

Saksikan siri baru Telenovela ‘Be Careful With My Heart’ setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi portal www.tonton.com.my.

sebab tu lah akak tak berapa nak hapdate blog
mood pun tak berapa nak ada
baru lah akak tau duduk rumah lagi banyak keja dari duduk kat opisss korang!
full time housewife hokeh!
yang paling seronok akak terasa duduk rumah lagi best hahaha!
(kalau bos baca matik lah ko!)

ehh nanti akak hapdate pic buaian ya
nak muntah hijau dah nie dok edit pic buaian akak yang bulan dobelas!

nah hamek jamu mata dulu ngan yang ini ya ;))

Sekian ;)))



Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...