Thursday, January 16, 2014

Please Be Careful With My Heart ;)

Salamat Po Sir Chieff!!
hah akak dah kena rantai ngan BCWMH korang
ehh tak paham erk?
bulan dobelas akak ambil cuti tanpa gaji dek kerna nak jaga my mom
tak berapa sihat kali nie agak teruk jugak la
bila duduk rumah semua cerita kat tibi akak layan dekk!
termasuk lah Be Careful With My Heart
memang layan cerita dia korang
kat tv3 jam 3 - 4 petang
maka freeze everything that time!
sila tumpukan sepenuh perhatian
that time anak lelaki akak tue tido maka aman ;)

Terbaru di slot Telenovela, drama siri Filipina terbitan ABN-CBS, ‘Be Careful With My Heart’ menemui penonton bermula hari ini (7 Oktober 2013). Siri yang diarahkan oleh direktor Jeffrey R. Jeturian dan Mervyn B. Brondial ini menampilkan barisan pelakon seperti Jodi Sta. Maria, Richard Yap, Mutya Orquia, Janella Salvador dan Jerome Ponce.

Saksikan siri baru Telenovela ‘Be Careful With My Heart’ setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang di TV3. ‘Be Careful With My Heart’ berkisarkan tentang seorang gadis bernama Maya dela Rosa (Jodi Sta. Maria) yang bekerja sebagai pemandu pelancong di kampung halamannya di Ilocos Norte, Utara Filipina. Wang sering menjadi masalah utama untuk menyara hidup dan membaik pulih rumah. Ketika hujan lebat, kakaknya, Cristina cuba membaiki bumbung rumah sebelum ditimpa kejadian tidak diingini yang mengakibat kaki Cristina cedera teruk. Dengan kos perubatan yang tinggi, Maya harus keluar dari Ilocos Norte untuk meneruskan hidup dan menampung perbelanjaan keluarga.

Maya mengembara ke bandar metropolitan Manila untuk mencapai cita-cita menjadi pramugari bagi membantu keluarganya. Maya tidak akan membenarkan sesiapa yang mahu menggagalkan impiannya, termasuklah Richard Lim (Richard Yap), seorang duda yang kaya. Ironiknya, Richard merupakan harapan terakhir Maya untuk merealisasikan cita-citanya kerana pengaruh lelaki tersebut di dalam industri penerbangan. Namun, Richard hanya akan membantu Maya jika Maya bersetuju untuk menjadi pengasuh kepada anak-anaknya.

Atas desakan keadaan, Maya terpaksa bersetuju. Apabila Maya menjejakkan kaki ke rumah istana milik Richard, beliau secara tidak langsung terlibat dengan kehidupan peribadi Richard dan tiga orang anaknya yang bermasalah, Luke, Nikki dan Abigail. Maya merasakan pemergian isteri Richard turut memusnahkan keharmonian dan kegembiraan di dalam keluarga ini.

Justeru, Maya mengambil inisiatif untuk merapatkan kembali hubungan Richard dengan anak-anaknya. Usaha dan pengorbanan gadis San Nicolas ini berjaya membina semula keluarga Lim. Pada waktu yang sama, Maya mula jatuh cinta terhadap Richard dan amat menyayangi Luke, Nikki serta Abigail. Ketika itulah Maya diuji apabila seorang wanita muncul dan mengaku sebagai ibu kandung kepada tiga anak Richard. Apakah yang bakal berlaku selepas itu?

Saksikan siri baru Telenovela ‘Be Careful With My Heart’ setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi portal www.tonton.com.my.

sebab tu lah akak tak berapa nak hapdate blog
mood pun tak berapa nak ada
baru lah akak tau duduk rumah lagi banyak keja dari duduk kat opisss korang!
full time housewife hokeh!
yang paling seronok akak terasa duduk rumah lagi best hahaha!
(kalau bos baca matik lah ko!)

ehh nanti akak hapdate pic buaian ya
nak muntah hijau dah nie dok edit pic buaian akak yang bulan dobelas!

nah hamek jamu mata dulu ngan yang ini ya ;))

Sekian ;)))



No comments:

Post a Comment

kalu ader tekasar bahasa, terguris hati, tersentuh perasaaan...mintak mahap lah yer...ini hanya coretan aje untuk halwa mata.....

Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...