Tuesday, June 24, 2014

Xin chào Việt Nam : Part 7

HCM ~ Day 3

Pagi lagi lepas breakfast jam 8 kami semua berkumpul di lobby hotel
Mr. Nam kata nak bawak kami ke tempat bersejarah pulak hari ni
Perjalanan ke tempat bersejarah tu lebih kurang 1 jam 30 minit dari hotel kami
Sepanjang perjalanan ke sana kami lalu kawasan perkampungan 
Ehhh tp kan akak rasa pelik sebab kebanyakan rumah kat area situ mesti ada pokok nangka
Agaknya semua suka makan buah nangka kowt??  ada jugak kebun2 getah kat situ
Walaupun ruang kawasan laman rumah tak luas, dalam pagar rumah pun depa tanam pokok getah ehhhh!!

Alhamdulilah dah sampai ke destinasi
Mula2 sampai akak macam teruja jugak sebab dengar tembak menebak
Rupanya sesapa yang teringin nak menebak menggunakan senapang diorang
Ada kawasan yang korang boleh buat begitu ~ pangg!! pangg!!

Nahhhh nie berjalan dalam terowong bawah tanah
Sebelum sampai ke kawasan nie kami akan melalui tempat pemeriksaan tiket
Nnt korang semua kan dilekatkan sticker pada baju ya :)

Wahhhhhhh teruja bila tengok jenis jenis senapang dan meriam yang ada
Dipamerkan dengan nama dan jenis2 senapang yang ada

Antara perangkap yang dibuat sendiri oleh gerila Vietnam semasa berperang dengan  Perancis
Akak nak julur tangan amek gambar pun rasa serammmmm!!
Buluh yang dibentuk menjadi runcing ditanam di dalam lubang yang ditutup dengan daun2 kering
Kata Mr. Nam memang kalau tengok tak akan perasan

Ini lah dia terowong yang dibuat dan digali sendiri oleh gerila Vietnam
Kebanyakan terowong yang dibina akan mengubungkan dengan markas2 dalam tanah
Ehh tapi boleh sampai ke kampung2 lain jugak sekitar situ
Paling jauh kata Mr. Nam ia boleh tembus sehingga Sungai Saigon
Huhhh jauh tue!!

Nahhh akak memang tak leh lah korangg ~ tak celuih haihh!!
Terowong nie akan menjadi tempat persembunyian gerila disebelah siangnya
Kadang-kadang, semasa tempoh pengeboman atau pergerakan pasukan tentera Amerika, mereka akan dipaksa untuk kekal di bawah tanah untuk beberapa hari pada satu-satu masa.

Masa jenjalan sekitar kasawan tu nampak banyak busut2 gini
Rupanya ini adalah lubang - lubang udara ~ Ventilation Shaft

Kalau ikutkan Mr. Nam kata gerila adakan keluar dari terowong pada waktu malam
Jadi pada waktu siang semuanya duduk dalam terowong untuk bekerja
Antara perangkap - perangkap yang dibuat oleh puak gerila Vietnam 
akak terbayang gak kalau lah kena hadoiiii laahhhh!!

Yang Mr. Nam pegang tue perangkap yang diletakakan dipintu
sekiranya kita dapat tahan yang dibahagian atas
itu masih tidak selamat bebbbb!!
sebab yang bawah kasik hentam lepas tu Mr. Nam kata ~ The War is Over ~

Antara bengkel ~ workshop yang mereka buat dan ada dalam terowong
Hospital, Bilik Mesyuarat, Dapur dll


Paling akak teruja bila tengok dan tahu kasut gerila Vietnam diperbuat dari tayar
Nampak tak????
Ada jugak yang dibuat contoh dan korang boleh juga beli
Tapi pisau di makoiiiiii tajam bangattt!!

Dah penat kami berjalan jalan and at the last point kami dijamu ubi kayu rebus
Hamboi sedapnya sebab dicicah dengan kacang tanah 
yg dicampur gula ditumbuk hancur dan juga teh pandan ~ sedapppp!!

Selepas dah selesai di tempat bersejarah kami singgah di salah sebuah Masjid Al Rahman
Kawasan masjid yg sgt bersih sgt2!!
Bilik air memang terbaekkk
Malu pulak bila kenang2 bilik air masjid di Malaysia ~ kembang tekak!!
Kain telekung yang digantung rapi dan wangi yg paling penting sgt2 bersih
Allahurabbii memang bersih sgt2 lahhh!!!

Selesai makan tengahari kami berjalan2 sekitar kawasan hotel
Banyak kedai2 yg Mr. Nam cadangkan
Dan harga memang berbaloi2 murahh

Sempat jugak bergambar dengan penjaja disekitar Taka Plaza


Letih dah berjalan jalan sakan
Kami semua dibawa makan ke Banana Leaf
Jauh sikit dari Hotel jadi kami semua naik bas hehhh!!!
Lepas makan kami sambungggg lagi shoppingggggg!!!! Yeayy

Sambung lagikkk........

Sekian :)))))))

No comments:

Post a Comment

kalu ader tekasar bahasa, terguris hati, tersentuh perasaaan...mintak mahap lah yer...ini hanya coretan aje untuk halwa mata.....

Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...