Thursday, October 31, 2013

Hari Keusahawanan SKST ;))


Belom sempat letak beg, anak yang sulung si kakak dah panggil
"ibu, nah cikgu bagi surat" ;)
hurmm cikgu buat Hari Keusahawanan kat sekolah 30 Sept 2013
alahai anak, ibu kije lah taim tue
ayah dia pon tak dapat nak joint ~ hari keja kan
tapi naseb baek bos akak bagi masuk tghari kat opis on that date
so sempat lah akak pegi jap terjah kakak kat sekolah dia
tak bagi tau kakak pom saja nak buat kejotan gitew :))

bersiap2 and akak bawak jugak bebudak 2 orang tu ~ Auni ngan Yayash ;)
bila akak cakap jom kita g sekolah kakak kat Auni ngan Yayash
bukan main happy lagi ske riang gumbira

sekolah anak akak nie dalam kawasan kampung
ye lah kat Langat nie banyak hutan hutan
tp best kalau hirup udara pepagi nyaman ajer
jalan pun tak jem aman ajer :)
memula tunjuk kat kakak yg tu sekolah dia tau tak apa reaksi dia
"lah buuu...sekolah kampung ajeww" ~ haaaa katanyaa!
sekarang nie demam pom tetap nak gie sekolah!!
lagipun cikgu2 kat sekolah semuanya baik2 belaka
cikgu boleh kenal semua parents sebab murid tak ramai mana
so senang cikgu nak ingat
lagi pun ikatan silaturahim pom bertambah erat antara parents dengan cikgu2
memula tue akak tak nak jugak hantar kakak sekolah situ
tapi bila fikir2 balik sekolah mana2 pom sama jugak
kat sekolah nie cikgu lebih mesra dengan murid sebab tak ramai
darjah satu cuma ada 2 kelas aje
tapi yang akak respect cikgu2 kat sekolah tu
berusaha nak lahirkan murid yang terbaekk
bayangkan ada murid tahun satu yg tak tau membaca,
tak kenal huruf, yang lambat faham
Cikgu2 nie akan buat satu kelas khas
hingga murid tu semua boleh bersaing dengan yang lain
memula kakak masuk sekolah dulu bimbang jugak
ye lah darjah satu nak beratur kat kantin, nak beli makanan, nak makan
tapi cikgu2 kat situ akan berikan tumpuan pada murid tahun satu nie
setiap kali waktu rehat cikgu2 akan tengok dan awasi murid
ajarkan cara nak beli, cara beratur, cara nak bercakap,
cara duduk makan sesama
kalau sekolah lain yang ramai murid2 rasanya tak termampu cikgu nak buat
dah la ramai murid and kalau yang masuk darjah satu pulak ada 8 kelas
yg masih tak tau baca, menulis, mengira, meghafal ~ harus ketinggalan
at the end murid akan masuk kelas corot kelas tak pandai dan sebagainya

tapikan, semua cikgu akan berusaha hasilkan murid yg terbaik kan :))
cuma kat sekolah anak akak nie cikgu2 lain skit
Diorang semua lebih rapat dengan parents
Ramah mesra dan disenangi
Akak suka mcm tue sebab kita nak tanya apa2 pasal anak pun tak segan ;))

Auni Yaya ~ ske dpt ikot ibu gie sekolah kakak Mia ;))

muka pueh hati sebab dpt pow ibu beli pestol beloh haihhh mamat sowang tue :)

yayash dengki taim nie ;))

kakak and the geng :))

hahahaha antara cikgu2 yang sporting :))

nak jugak auni enteprem kat sitew :))

kakak ang the geng :)

hahahaha nie dia Cikgu yang kakak selalu cerita ~ hensem kata nya ;))

haah nie pulak cekgu besau nak balik opis lepas tengok anak kat sekolah :))
setelah kering poket akak dikerjakan oleh anak anak
maka jom gie opis balik yer
udah2 bersidai dok berburak lelama
lupa pulak nak masuk opis balik
ehhhh bos, coti hari nie boleh??

Sekian ;))))









Tuesday, October 29, 2013

Mini Pelamin without Cradle ;)))


Puhhh Puhhh (habok beterbangan) uhuk uhukk
Tu dia lama gila akak tak hapdate blog

Kt umah tok sah lah berangan nak buka lappy
buat sakit jiwa sbb dok berebot ngan anak dara akak tu
bebudak la nie semua lagi advance pada kita tau :))
yg si kenit akak pom dah pandai main candy crush yer ;))

keja depa dok upin ipin siang malam kalau dua beradek tu
akak pom tumpang tengok sebab best kan
betul betul betul ;))))

Akhir bulan September customer ada request
Nak pakej buaian tapi tak nak buai
pulak dahhh!
sebab baby dia dah almost 5 mth and asyik suka meniarap
so dia request nak mini pelamin tapi mo cradle
setelah berbincang skit sebanyak dgn customer maka ini lah hasilnya
ye lahh korang nie pestaim akak buat tau :))

Mini Pelamin English Theme
Baby Muhammad Faheem Jazmi
28 September 2013
Theme : Cream / Baby Yellow / White Garden
Venue : Bandar Baru Bangi, Selangor








berpeloh peloh jugak ketiak akak nak menyiapkan
ye lah tangan terketo2 memasang sebab nya dah la pestaim!
tapi keadaan masih terkawal
Hubby akak pom pandai jugak amek hati akak yg tgh nebes!
burak2 sambil pasang and good teamwork ~ ilang nebes akak deknon ;))
pasang semua siap and bila buka lighting ajer semer wahhhh
*urot dada lega*
Mak mertua and Mak  Fajr pom puji santek katanya ~ phewww lega :))
amacam korang???
Santek tak?
Baik angguk kalau tak mo kena marahh!!

Sekian ;)))))

Thursday, October 10, 2013

Latest Cradle ~ THUMBELINA CRADLE :))

Assalamualaikum semerr
wahhh saka rajin akak dah dtg dah
rajin pulak nak berblog hari nie
gambar dah siap edit kan maka harus lah akak nak tempek kat sini
lagi pun nie ada cradle yg terbaru lagi dari akak dek non!
selepas Enchanted Cradle tue ada lagi yang terbaru tau
tapi punya lah pening akak nak cari nama
last2 teringat anak dara akak suka bena tengok cerita Thumbelina
so kita bagi namer Thumbelina la sebab cradle dia tecit dan somel somel ajew *wink wink*

Hah pasang yang ini senang ajer ~ Thumbelina Cradle nie
ramai yang gunakan tapi masing masing deco dengan gaya tersendiri
akak pon berkenan jugak
maka belilah dan setelah pening pening lalat
memikir apa nak bubuh kat cradle nie
dan nie lah hasil dia
insyallah akan dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa ;))



 







hurmm cradle yg paling kecik dalam koleksi akak
Alhamdulilah dah dirasmikan pun dekat rumah customer akak
Masa bg pic kat customer tue belum siap lagi deco nya
tp customer nak juga sebab dia kata dia nak yg simple tapi menarik
bila pasang kat rumah customer alhamdulilah skali lagi dia kata cantik :))
phewww lega rasanya baru boleh bernapas taim tu
hehehehehe thanks to Fadzlina sebab memberi kepercayaan kepada kami ya
sesapa yang nak tau pakej details untuk Thumbelina Cradle nie do call me ya
Klik ajer kat bawah nie :))

Facebook : Azma Azlim


SMS / Wassap : 017 3052 2063

Sekian ;))))))


Wednesday, October 9, 2013

Buaian Berendoi Azma Azlim Decor :))

Assalamualaikum semerr
hari nie malas nak lunch sebab pagi tadi sarapan agak heavy gitew
lapar wehh malam tadi tak de selera nak makan

Ehhh meh tgk buaian konsep A akak
tgh dok terfikir ingat nak buat skit kelainan lah pada buaian konsep A nie
ye lah dek nonn
hari2 dok kelebet benda yang sama bosan tau!
maka akak dok sibuk lah nak buat kelainan skit
supaya org yang tengok pon sedap ajer mata memandang :))
tunggu yerrr!!
dah3x jom lapang kan mata semerr

 Buaian Konsep A
Baby Muhammad Mikhail Irham
Date : 7 Sept 2013
Venue : Taman Kajang Utama

theme : Blue and White Garden




hahahahaha....panjang gelak akak yer
selesai satu dah kat Kajang Utama nie
kebetulan masa pegi bukak buaian nie terjumpa makcik2 marhaban kat situ
mcm2 cerita ngan mcm2 idea yg mereka berikan ~ kretip dah makcik2 la nieh
insyallah cik, mana yg baik sok kita gunakan sebagai penambahan idea baru ya

*****************************************************************************
yang nie pulak nenda sendiri yang call
pilihan nya english cradle sebab katanya nak simple and menarik
Aunty Noraini nie lebut ajer org nya sekali tgk mcm Prof Muhayah pon ada ;))
Jom tgk yang Englich Cradle pulak ye

English Cradle
Baby Alif Mikhail
Date : 8 Sept 2013
Theme : Emerald Green / White Garden
Venue : Laman Sierramas West, Sg. Buloh



 


 

Alhamdulilah siap dah pasang kat rumah Aunty Noraini
Paling penting bila pasang ajer lighting semua mcm wahhhh!!
Syukur lah bila kata mcm tue, penat memasang semua hilang :))
iye lah bila customer happy kita pon happy sama kan ;))
pada sesapa yang berkenan meh klik2 akak kat bawah nie ya



SMS / Wassap : 017305 2063

Sekian ;))))))

Wednesday, October 2, 2013

Ya Badrotim ~ Rahmat Ekamatra



Assalamualikum :))
Semalam akak dok dgr radio kat pejabat
pastu terdengar lagu Ya Badrotim 
merdu sgt suara dia agaknya sapalah gerangan yg menyayi tu ya
bila lepas gugel dan ini lah dia terjumpa jugak kan ;))
Rahmat yg kumpulan Ekamatra tu!!
Alhamdulilahhhh 



Terjemahan :

Wahai bulan purnama yang sempurna,
Yang telah mencapai segala puncak kesempurnaan.

Apakah perkataan yang dapat
Mengungkapkan ketinggianmu?

Engkaulah yang telah terbit
Memerangi ufuk yang tinggi

Lalu engkau melenyapkan
Segala kesesatan dengan cahayamu
Dengan sebabmu, terang benderang alam

Wahai panji-panji hidayah
Dengan dilimpahkan cahaya, nikmat-nikmat

Dan pelbagai kelebihan
Semoga sentiasa tercurah ke atasmu

Rahmat Allah, Tuhanku
Sepanjang masa, pada waktu pagi dan petang

Dan juga ke atas keluarga,
Serta sahabat-sahabat yang ;

Telah dikurniakan keistimewaan dengan beberapa kesempurnaan
Oleh Allah yang Maha Tinggi


Sekian ;)))

Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...