Saspenda tak ??
kuikuikui
Sebenarnya dah tak tau nak buat tajuk haper kali nie
Akak belasah ajer la
Macam biasa tak ada cerita menarik pong
iyer lah akak mukan retis dekk
Ada gosip ke bagai
Nieh hah
Nak tunjuk kat kowang hasil kerastangan akak minggu lepas
tak menang tangan akak dek
Alhamdulilah rezeki anak2
Terima Kasih Ya Allahh syukurrr :))
Minggu nie payah skit keja pasang memasang nie
Sebab bawak si abg gede tue skali
Meh kita skodeng - skodeng ya
Theme : Purple + White Garden + Turqoise
Bakul membakul nyer :))
teleng kepala nak tgk..hahaha
front flower :))
tadaaaaa....
bakul membakul ..8 lagikk :))
alhamdulilah :))
Alhamdulilah syukur
Bila dah siap pasang
Customer pon ske sgtt !!
Macam biasa hati bermunger2 mcm kat festival flora putrajaya tuh !!
(harus terkenja - kenja jap)
Terima kasih kepada tuan rumah sbb sudi menggunakan perkhidmatan kami yer
Ellooooo korang
Malas nak celoteh pepanjang ari nie
meh kita jamu halwa telinga nieh
One of my peberet akak
Cerita lelama nieh best tau
Selain daripada citer P.Ramlee tu khann
Banyak pulak skrg nie cerita lelama kat astro
Arie tue layan jugak citer Jejaka Perasan
Suami isteri dan ......
itu pon best jugak
nie citer : Ali Setang 2
Nie citer : Jejaka Perasan
Apakata korang layan yer
Akak pon nak jugak guyang2 menarik dan bernyayik
~~~~ lalalalalaa
Haaa kowang sker tak tgk citer inustan
Akak mmg very da ske tgk citer inustan neh
Tetambah hero dia Amir Khan pulak
Citer haper nie sbb x pernah tgk pong
Tapi belasah ajer tgk sbb terpicit button 108 kat Astro
Tetiba kuar citer nie TAARE ZAMEEN PAR
Aduihai citer menda nie
Mia pon komplen
"Alah ibu nie dia dah start dah tgk citer andia dia neh"
(anak dara akak yg jeles x bleh tgk citer katon dia)
Layan ajer sambil lipat kain yg mcm KLCC tue dah Vahvahavah very the interesting citer neh
Layan dulu smpai abes
Sob Sob Sob
Giler sedey citer dia
Pasal sowang anak yg kena penyakit DISLEKSIA
Akak terus gugel penyakit haper kah itew??
Dari Wikipedia yg akak gugel
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU).
Ciri-ciri penghidapnya
Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Sering berlaku di kalangan lelaki.
Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
Lepas abes gugel
Akak terus amek mia n yash
Peluk dia ketat2 sambel nanges
"Ya allah ngape ibu neh...kakak sayang ibu jugak lah jgn sedey - sedey "
Akak ngan En. Somi terus tadah tangan
Syukur ke hadarat illahi
Siap bernyayik dan bernarik..wahh
mood sgt sonot hari nie
walaupon bangun pagi tadi
bertaichi, tekwando, silat gayong baldi
sebab????
AIR TAKDEEEEE !!!!
akak tetap burgumbiraaa
haippp...mandi yer
air tangki kan hader
ok...sekian fasal ayer yekkk
Nak citer pasal buai akak
Kali nie buat utk 2 org puteri yg shumel
Jauh skit umah dia kat Sg. Besar
Kampung belah MIL
Meh kita skodeng2 picas deknon..
flower ball gumukkk
tadaaaaa....
pink and white garden : theme
lalalalalaaa ~~~
pink finkk
front flowers
finky pink
selesai sudah majlis
akak balik sampai umah pong dah dekat 2.30 pg
maka biar ajer dulu brg2 tue dalam van
esok punggah lah iyer En. Somi
terima kasih jugak atas buah tangan utk kami
yg paling teringat sampai meleleh ayaq lioq
(sambel kesat ngan lengan majuuu...)
wajikkk duriaannnn!!!
Bulan Syaaban
Just search a few articles pasal Syaaban
Maka 29 hari lagi kita akan berjumpa pulak dengan Ramadhan
Akak just nak share kelebihan dibulan Syaaban :)
Antara kelebihan - kelebihan amalan dibulan Syaaban ialah :
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum terhadap hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari diawal, pertengahan dan diakhirnya maka Allah akan menulis padanya pahala 70 orang nabi - nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
Kelebihan malam nisfu syaaban pula ialah kepada sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al -Quran dan sebagainya maka Allah membukakan 300 untuknya pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang - orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, minum arak, penzina, pemakan riba, derhaka kepada ibu dan bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan talian silaturrahim.
Oleh yang demiklian, marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita berpeluang olehNya bernafas dimuka bumi yang sementara ini....