Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan :))

Assalamualaikum semua,
Haah baru lepas sahur tadi
Releks2 jap sambel tunggu kain2 akak yg tgh dimesin

Alhamdulilah tahun nie puasa jatuh pada hari Sabtu
Seronok sgt sbb cuti khan!!
Tahun nie akak rasa terlebeh2 seronok
Sebab anak dara akak dah nak pose penuh
yer lah 6 thn dah khan
jadi kena lah ajar dia utk puasa penuh tahun ni
ayah pon dah janji if puasa penuh
dapat hadiahh :))
bukan nak umpan ker haper wehh
cuma nak galakan anak pose penuh
alhamdulilah dia paham n excited nak pose

Mama akak pulak tiap2 tahun
dpt tender masak utk majlis berbuka kat Masjid Bt 14
Maka akak secara otomatik akak jadi penolong dia lah
Adek lelaki akak pulak dpt peluang lagi bestt !!
Alhamdulilah dia dpt tawaran utk jadi imam kat surau ampang tuh
Imam solat Terawih :))
Tak sia - sia abah akak anto sekolah Tahfiz

Okey lah kain pong dah siap
Jap gie kalau tak sidai
bau ikat masin pulak kanggg haihh :))
Mama pong dah tepon hajak pie pasar
Nnt kita sambung lagik yer...

Petunjuk Dari Al-Quran
  • "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.    (Maksud ayat 183 Surah al-Baqarah)
  • (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk dan penjelasan-penjelasan mengenai petinjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu sesiapa antara kamu hadir (dinegeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah berpuasa pada bulan itu."    (Maksud ayat 185 Surah al-Baqarah)
  • Dan, seterusnya Allah s.w.t. memuji terhadap sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w. yang bersungguh-sungguh dalam menghidupkan malam (khususnya malam-malam bulan Ramadhan): "Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, Dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah s.w.t.)."    (Maksud ayat 17-18 Surah al-Zariyat)
Petunjuk Rasulullah s.a.w.
  • Maksudnya: "Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) { Dengan penuh keimanan maksudnya yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Dengan penuh pengharapan ialah semata-mata mencari pahala daripada sisi Allah s.w.t. dan bukan bertujuan untuk mendapatkan dunia}
  • Maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewajibkan puasa Ramadhan atas kamu sekelian dan aku mensunnahkan atas kamu agar beribadat pada bulan Ramadhan. Jesteru sesiapa yang berpuasa dan beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan oleh  Allah s.w.t."    (Riwayat Ashab al-Sunan)
  • Maksudnya: "Telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkat kepadamu. Dengannya, Allah (s.w.t.) melimpahkan rahmat-Nya, mengampunkan dosa dan mengabulkan doa. Pada bulan itu Allah (s.w.t.) melihat perlumbaan dalam mengerjakan ibadah dan membangga-banggakan kamu dihadapan para malaikat. Oleh kerana itu, tunjukkanlah kepada-Nya kebaikan-kebaikan dirimu. Maka sesungguhnya orang-orang yang celaka adalah mereka yang tidak mendapatkan rahmat Allah Azza wa Jalla pada bulan Ramadhan."    (Riwayat al-Nasai)

    SALAM RAMAHDHAN AL - MUBARAK
    ikhlas dari kami :-
    Buaian Berendoi Azma Azlim Decor :)) 


No comments:

Post a Comment

kalu ader tekasar bahasa, terguris hati, tersentuh perasaaan...mintak mahap lah yer...ini hanya coretan aje untuk halwa mata.....

Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...