Tuesday, March 5, 2013

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Assalamualikum semer
Semalam balik keja keta pulak buat hal
So akak kena balik naik LRT dari Pandan Jaya ke Ampang
Nnt adik akak ngan hubby dia tunggu kat Ampang
Dah lama tak naik train khan ;))
Tetiba rasa kekok pulak iye
Alhamdulilah sampai kat ampang awal la pulak
Sambil tunggu tue akak belek tab baca isu semasa
Isu Lahad Datu tue memang mencemaskan lah korang

Sesampai kat umah tgk berita kat tibi
Sedih sgt bila tgk semua wira negara yg terkorban
Sgt2 sedih bila terkenang kan isteri kehilangan suami
dan anak - anak kehilangan seorang ayah tersayang ;(
sedang kita semua sibuk menguruskan hal - hal harian masing2
mereka semer bertempur demi keamanan dan kesejahteraan Negara tercinta ;(((
hanya doa kami semua rakyat malaysia mengiringi semua perwira - perwira Negara di medan perang :(((
kepada semua keluarga perwira - perwira yang terkorban takziah ~ Al - fatihah





DOA BUATMU PERWIRA NEGARA


Bismillahirrahmanirrahim :



Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Ameen Ya ALLAH


Amin amin ya rabalalamin....

No comments:

Post a Comment

kalu ader tekasar bahasa, terguris hati, tersentuh perasaaan...mintak mahap lah yer...ini hanya coretan aje untuk halwa mata.....

Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...